Photobucket
Rintihan Seorang Hamba
Kelahiran Puteri pertama
Friday, January 10, 2014 • 10:09 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Mendidik dan menjaga seorang anak untuk menjadi seorang anak yang soleh atau solehah itu bermulanya daripada ibubapa. Bak kata pepatah, ''Anak merupakan kain putih yang bersih dan suci setelah dilahirkan. Oleh itu, ibubapalah yang mewarnai kain tersebut dengan warna yang indah, corak yang menarik.'' Maka anak-anak perlulah dididik dari kecil oleh ibubapa. Melentur buluh biar dari rebungnya. *Cewahhh, berperibahasa pulak kau Anah. :p


PakTam, MakTeh, MakSu.
bersama Puteri Nur Adlina Bt Muhd Zulhafiz.
Dilahir pada 01.01.2014 besamaan 29 Safar 1435H
Our first niece. ^_^

Bila dia nangis je mesti aku gelabah. Sebab, aku paling takut kalau baby nangis. Aku takut mak dia salahkan aku yang buat dia nangis. Padahal aku tak buat apa-apa pun. Kalau korang nak tahu aku lah babysister budak ni and mak dia. Yelahh, mana taknya disebabkan aku ni sedang tunggu result SPM kenalah aku jaga dua beranak ni. Huhuhu. Dah la sebelum ni aku tak pernah jaga baby. Dukung lagi lah tak, ni pon first time. Kekok lagi. Hii. Cari pengalaman jadi babysister. Mana lah tahu nanti suatu hari nanti boleh buka rumah babysister ke. Tapi kalau boleh aku tak nak baby yang kuat menangis. Mahu je aku call mak dia suruh pujuk baby tu berhenti menangis. Hahaha. ^_^

p/s : Kepada budak kecik yang comey lottey ni, MakTeh (macam tua sangat je panggil ''MakTeh''. KakTeh laa) harap awok jadi anak yang solehah dehh. Semoga nanti dah besar jadi seorang pendakwah yang berjaya dan dihormati, ya sayang. InshaAllah. Allahumma Aamiin. :)



HATI KITA ALLAH PEGANG

Labels:


Manisnya Ujian Allah
Tuesday, December 31, 2013 • 3:08 AM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji. Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya ujian. Sepahit manapun derita, sengsara yang melanda, itulah buktinya mendapat tarbiah Allah.
Subhanallah.

Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang. Kerana rahmat kasih Allah bersama hambaNya yang tabah. Setiap ujian yang datang carilah hikmahnya. Semoga kita merasai kebesaran Allah.

Kita hidup tertekan mengaburi pedoman kepada Allah akan pergi untuk mencari jalan.
Ya Allah... :')

Pohonlah kekuatan dan ketabahan untuk kita lalui ujian Allah dengan jayanya. Saat kita telah melepasi ujian Allah, barulah kita sedar manisnya buah iman yang Allah anugerahkan untuk kita. Kita ketahui bahawa redha akan terbit daripada diri kita sendiri dan hasilnya kita dapat menerima apa sahaja ujian dan kegagalan apabila kita meyakini dan meletakkan diri kita pada status HAMBA.

Teguhlah beriman kepada Allah, yakin, tawakal dan redhalah apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kerana ujian yang membuat kita muhasabah diri.
Ujian yang membuat kembali mengadu kepada Allah.
Ujian mematangkan diri dan mamantapkan keimanan kita.
Ujian itu membawa pahala, bagi mereka yang bertaqwa.



 Jadikanlah kebesaran Allah sebagai kekuatan.
Yakinlah...
Allah Maha Pengasih dan Maha penyayang.

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepadaNya. Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah. :)


HATI KITA ALLAH PEGANG

Labels:


Kalimah لا اله إلا الله
Friday, December 27, 2013 • 8:47 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, Allah telah bagi kita KEMULIAAN dalam agamaNya. Kenapa?
"Kerana Allah telah letakkan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dalam hati kita." :)

Namun kita hendaklah bersyukur. Allah telah bagi kita agama Islam ini dengan percuma. Tiada bayaran satu apa pun. Cuma Allah minta kita beriman dan bertaqwa kepadaNya. 
Hari ni kita tidak sedar dan hari ni kita terlalu mengejar dunia. Dan kita lupa tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w untuk sebarkan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH

Maka, jadikan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH ini sebagai definisi kita. Berpeganglah pada kalimah yang Mulia itu. Bawalah kalimah yang suci ini ke mana jua, sematkan kalimah ini dalam hati dan jiwa kita. Moga kita sentiasa berada di bawah naunganNya. Allahumma Aamiin. :)

  لا اله إلا الله


HATI KITA ALLAH YANG PEGANG



Labels:


MAN ANA ?




Ana in saaltal-qouma 'anni man ana. Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina. Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna. Lan anhani lan antani lan arkana.

[ FaceBook ] [ Twitter ] [ Official Blog ]
bold italic underline strike


Profile

Langkah Kehidupan.

AL-QUR'AN INSPIRASI KU !





BIG THANK YOU!



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nur Raihanah