Photobucket
Rintihan Seorang Hamba
Menghintung Hari
Saturday, November 2, 2013 • 11:14 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim

.
.
.
.
.
Menghitung hari
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6 November 2013
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bermulanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SPM?
Yes, SPM. Sijil Pelajaran Malaysia.

So, ehem ehem. Saya sebagai calon SPM ingin menyatakan di sini bahawa saya belum bersedia lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Huh =,=" Eh jap jap. Betul ke dah nak SPM ni? Dah akhir tahun ke? Adakah aku akan tinggalkan kawan-kawan aku? Tinggalkan sekolah? Tinggalkan cikgu-cikgu? Tinggalkan kantin? Surau? *Erk.Kantin dengan surau nak jugak ke? Tinggalkan classmate aku yang palinggggg best? *rasanya tak semua best. Nanti aku mesti rindu gelagat, celoteh, perangai gengster kelas 5 Mars, kan? *gengster tu sebab nama 5 Mars paling famous di kalangan cikgu. -,-  Dan yang paling TAK best sekali aku dah tak dapat tengok lagi dah gelagat-gelagat cikgu aku mengajar.Aku akan rindu semua tuuu. :(

Yang anehnya kan, hari Khamis hari tu, hari last kitaorang belajar. Hari tu lah hari yang paling-paling-paling-paling-paling BEST lah seumur hidup aku belajar kat sekolah tu. Kenapa la hari-hari sebelum ni tak de pon rasa ke'best'an yang melampau tu? Rugi tahu dok. :/ Hmmm.

Hari Rabu  dan sampai laa akhir exam. Tempat yang palinggggg serammmm lagi menyeramkan buat kami calon SPM ialah ............... DEWAN SEKOLAH! Wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu takuttttttttt. Tempat paling menyeramkan daripada Highland Tower. Betul dok? Hahaha. Hok tu tipu. :p

Ni satu lagi nak share dekat kauorang.


Amalkan doa ni sepanjang hari peperiksaan.
Too all SPM candidate.
 I wish good luck. Semoga berjaya. Bitaufiq wannajjah.



HATI KITA ALLAH PEGANG


Labels:


Tinta Merah
Friday, October 11, 2013 • 2:50 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Tinta MERAH atau dakwat MERAH.

Ramai yang tahu kalau jumpa je perkataan ni, mesti ingat ni ayat tengah-tengah kan?
Haaaa. Dulu waktu aku kecik-kecik pun fikir macam tu jugak. Huhuhu. Dan mesti cakap,

"Bilalah nak sampai surah tengah nihh? Lambat lagi lahh." sambil belek-belek muka surat al-Quran yang dipegang.

Waktu aku kecik-kecik dulu, siapa dah lepas tulisan merah tu dia lah yang paling tererrr. Hahaha.
Dan mesti juga ramai yang tak tahu, bahawa perkataan yang berdakwat merah ni ada sejarahnya yang tersendiri. 

Siapa tahu rahsia kenapa satu ayat di dalam Al Quran dimerahkan?

"WALYATALATTAF" Tulisan yang biasanya ditulis dengan dakwat merah dalam Al Quran. Ada yang menyatakan ianya sebagai penanda pertengahan Al Qur'an.

Tahukah kenapa "WALYATALATTAF" dicetak berwarna merah ?

Ketika Uthman Bin Affan r.a terbunuh, terpercik darahnya mengenai mus'ab Al Qur'an tepat pada tulisan "WALYATALATTAF". Maka penulisan "WALYATALATTAF" ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Utsman bin Affan r.a.

"WALYATALATTAF" yang membawa maksud LEMAH LEMBUT. Ayat ke 19 di Surat Al Kahfi. Mungkin ia juga berkait dengan sifat lemah lembut Uthman Bin Affan.
Wallahualam.

Jadi hari ini adalah hari Jumaat. So, bacalah surah ni kerana Rasulullah bersabda,
“Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Selamat Beramal =)

HATI KITA ALLAH YANG PEGANG

Labels:


Petunjuk
Thursday, October 10, 2013 • 7:32 AM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Di angin yang berlalu, 
Menyampaikan  kepadaku, hidup hanya sementara...
Sampai waktu kau pergi jua...

Walaupun aku pasti, suatu hari aku kan mati....
Walaupun aku tahu, bila-bila tiba ajal ku.
Tapi mengapa hati ini masih cinta pada duniawi.
Masih leka. Masih alpa. Kemaksiatan belum diinsafi.
*Deep.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar!

Ampunkanlah diri ini. Bimbinglah aku Ya Ilahi ke jalan yang Kau redhai. 
Berikanlah petunjuk Mu. Berikanlah hidayah Mu. 
Sebagaimana Kau berikan kepada mereka yang terdahulu.




****************************************

10 Oktober 2013 . 10.10.13 . 5 Zulhijjah 1434

See! Lagi beberapa hari lagi nak espiyemmmm????????
26 Hari lagi.

*Off. Belek buku Perdagangan jap. Tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terus lelap. ZzZzZzZz -,-

HATI KITA ALLAH YANG PEGANG

Labels:


CERITA CINTA
Friday, October 19, 2012 • 5:56 PM • 0 comments


Bismillahirrahamanirrahim.

Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.

"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku. Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang.
"Waalaikumsalam," jawabku.

"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.

Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan. Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami.

"Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"

Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.

Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata,
"Bercinta ni seronokkan?"

Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.

"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.

"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.

"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Awak pernah bercinta?"

"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"

"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti.

"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'

Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.

'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'
-message sent-

"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.

"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.

"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"

"Titt!" -message in- 'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olah adrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?
Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku,
"Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekat ex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.

Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.

"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."

Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.

"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.

"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.
Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.

"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.

"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"

"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dah couple?"

"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebut boyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.

"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.

"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."
Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......

"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"

"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."
Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.

"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challenge kerinduan saya kot?"

"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.

"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.

"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"

"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergi dating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."

"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."
Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.

"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"

"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."

"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."

"Betul ni nak tau?"

"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.

"Allah."

Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.

"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"
Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...

"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."

Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"

Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.

"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."

"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut. Aku mengangguk tanda ya.

"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.
Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.

"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yang sweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love story kita akan menjadi sweet.

Artikel yang di-copy IluvIslam.com

Labels:


Demi Redha-Mu
Friday, July 6, 2012 • 5:30 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim


Berat rasanya bagi Zara untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.

" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours". Zara membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.

Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Zara membaca SMS. " Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Zara."

Berderai air mata Zara selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!

Hari itu sepanjang hari Zara menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Zara tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS kepada naqibahnya, Kak Fifi. Zara pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Zara selama Zara menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Zara supaya menghentikan semua ni.

" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Zara, Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada ".

Memang Zara sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi, yang paling penting. Zara mahu berhenti berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan redha Allah. Sebab Zara tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh redha Allah.
Zara juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:

" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk". (Al-Isra': 32)

Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa teringatkan Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Ahmad. Sebab itu Zara nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. T_T Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

"Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
" Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."

 --> Artikel yang di-copy daripada iluvislam.com

Labels:


Tolong, Tolong Dan Tolong !
• 9:02 AM • 0 comments


Tolong jangan mengambil kesempatan atas kelembutan kami kaum Hawa.
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda.
Tolong jangan cuba menguji kami.
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "Buat apa tu?"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya, "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah..."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik.
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi.
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami.
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami.
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya.

Kerana kami juga insan yang sangat lemah.
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh.
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai Adam ...kerana itu fitrah
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka.
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian.
Kerana kami dah cuba untuk menahan pandangan.
Kerana kami juga kadang-kadang lalai.

Sebaliknya,

Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut?
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insya-Allah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau jika nak diluahkan kepada manusia juga, mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda, atau nak lagi baik? Luahkan kepada isteri anda yang sah kelak. Itu yang terbaik.

Bantulah kami,

Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami.
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu.
Tapi, berusahalah!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah.
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melayannya.
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu.
Maka, mengertilah kami. InsyaAllah. :)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya.
Tegaskanlah suaramu!
InsyaAllah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara.

LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!

--> Artikel yang di-copy daripada iluvislam.com ^,^V

Labels:


Segenggam Tabah
Thursday, June 7, 2012 • 6:07 PM • 0 comments


 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ya Allah, Ampunkanlah ana kerana menafikan hati ini. Ampunkan ana kerana menyiksa jiwa ini.

Ya Allah, sesungguhnya, Amat berat ujianMu.
Namun ana tetap menerimanya dengan hati yang redha.
Ya Allah, masih bersisa duka lalu.
Kini hadir luka baru. Menghiris dalam ke sanubari ana.
Bukan ana merungut. Cuma ingin ana adukan. Resah dada ana.
Ya Allah, sungguh ana tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu.
Bukan kerna ana tak mensyukuri kehadirannya. Namun luka ana itu terlalu pedih untuk ana basuh sekarang. Biarlah luka itu kering dahulu. Kemudian akan ana basuhnya dengan jernihnya air mata ana. Dalam sujud ana padaMu.


 Ya Allah, ana mohon padaMu. Kau kurniakanlah ana segenggam benih tabah.
Untuk ana semai menjadi sepohon kekuatan. Yang berbuahkan semangat.
Ya Allah, sungguh Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ana. Ana hanya mampu melakukan yang terbaik. Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini. Namun yang terbaik itu, hanya dariMu.
Ya Allah, ana mohon kepadaMu. Berikanlah ana secebis ketenangan. Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan. Ya Allah, ana bersyukur kepadaMu. Kerana dalam jutaan manusia, Engkau memilih ana untuk menghadapi dugaanMu. Alhamdulillah. :')

Labels:


Special For You ^,^
Wednesday, May 30, 2012 • 12:05 AM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
  
 "Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday, Happy Birthday,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU."

 
Hye! Amacam, best tak aku nyanyi. ^^ Hahaha.
Happy Birthday Abang Kurus. >,<
 Sorry laa tak dapat kasi kau hadiah. Sebab kau jauh sangat. Hehe.
Aku just bole wish kau je. Hohoho.
Aku doakan kau selamat dunia akhirat. Amin. ^^
And then, aku harap kau kat sana baek-baek je, kay.

Walaupun aku takde hadiah untuk kau, tapi aku nak tunjukkan something yang special dekat kau.
Nah, untuk kau! Lukisan yang dihasilkan oleh aku sendiri tau. Hahaha.
Tak cantik pon aku lukis kan, kan?  *angguk je lah. -,- Aku tahu lah buruk. Tak same pon dengan kau kan? Haha, aku tahu tu. -,- *jangan gelak. Tapi aku ikhlas lukis ni untuk kau tau! Haha. Penat weh aku lukiskan untuk kau. -,- Hahaha. *Keyh, tipu. :p Kalau kau tak suka, bagitahu aku kay? Hehe. :D
This is special for you. Terimalah. Cewahh! :P
Tadddaaaa!!!! ^_^



Directed to : ABANG KURUS  ♥

Labels:


Hanya Berserah
Monday, May 28, 2012 • 9:08 AM • 0 comments

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirahim.

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.” (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
 “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.” (Al Israa’ : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya
Tetapi menjaga kesuciannya
Bukan kerana menghindari dunia
Tetapi meraih syurga-NYA
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai.
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan 
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya 
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar Bin Khattab r.a)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years. 
Then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)

Labels:


Mampukah aku ?
Friday, May 25, 2012 • 8:07 AM • 0 comments

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim


Mampukah ana menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah & Rasulullah. Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah. Susah & senang rela bersama.
Dapatkah ana didik jiwa seperti Siti Aisyah. Isteri Rasulullah yang bijak. Pendorong kesusahan & penderitaan. Tidak sukar untuk dilaksanakan. 
Mengalir air mata ana. Melihat Pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah. Akur dalam setiap perintah, taat dengan ayahnya. Yang sentiasa berjuang. Tiada memiliki harta dunia. Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.
Ketika ana marah. Ana ingin intip serpihan sabar, dari catatan hidup Siti Sarah. Tabahkan ana, setelah ummi Nabi Ibrahim, mengendong bayinya yang masih merah. Mencari air penghilang dahaga. Diterik padang pasir. Pengharapan hanya pada Allah, itulah wanita Siti Hajar.

#Subhanallah. Kesemua wanita-wanita tersebut mempunyai kemulian masing-masing. Mereke menjalani hidup ke jalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mampukah ana menjadi wanita solehah seperti mereka?

Labels:


MAN ANA ?




Ana in saaltal-qouma 'anni man ana. Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina. Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna. Lan anhani lan antani lan arkana.

[ FaceBook ] [ Twitter ] [ Official Blog ]
bold italic underline strike


Profile

Langkah Kehidupan.

AL-QUR'AN INSPIRASI KU !





BIG THANK YOU!



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nur Raihanah