Photobucket
Rintihan Seorang Hamba
Tolong, Tolong Dan Tolong !
Friday, July 6, 2012 • 9:02 AM • 0 comments


Tolong jangan mengambil kesempatan atas kelembutan kami kaum Hawa.
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda.
Tolong jangan cuba menguji kami.
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "Buat apa tu?"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya, "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah..."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik.
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi.
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami.
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami.
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya.

Kerana kami juga insan yang sangat lemah.
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh.
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai Adam ...kerana itu fitrah
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka.
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian.
Kerana kami dah cuba untuk menahan pandangan.
Kerana kami juga kadang-kadang lalai.

Sebaliknya,

Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut?
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insya-Allah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau jika nak diluahkan kepada manusia juga, mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda, atau nak lagi baik? Luahkan kepada isteri anda yang sah kelak. Itu yang terbaik.

Bantulah kami,

Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami.
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu.
Tapi, berusahalah!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah.
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melayannya.
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu.
Maka, mengertilah kami. InsyaAllah. :)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya.
Tegaskanlah suaramu!
InsyaAllah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara.

LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!

--> Artikel yang di-copy daripada iluvislam.com ^,^V

Labels:


MAN ANA ?




Ana in saaltal-qouma 'anni man ana. Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina. Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna. Lan anhani lan antani lan arkana.

[ FaceBook ] [ Twitter ] [ Official Blog ]
bold italic underline strike


Profile

Langkah Kehidupan.

AL-QUR'AN INSPIRASI KU !





BIG THANK YOU!



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nur Raihanah