Photobucket
Rintihan Seorang Hamba
Segenggam Tabah
Thursday, June 7, 2012 • 6:07 PM • 0 comments


 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ya Allah, Ampunkanlah ana kerana menafikan hati ini. Ampunkan ana kerana menyiksa jiwa ini.

Ya Allah, sesungguhnya, Amat berat ujianMu.
Namun ana tetap menerimanya dengan hati yang redha.
Ya Allah, masih bersisa duka lalu.
Kini hadir luka baru. Menghiris dalam ke sanubari ana.
Bukan ana merungut. Cuma ingin ana adukan. Resah dada ana.
Ya Allah, sungguh ana tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu.
Bukan kerna ana tak mensyukuri kehadirannya. Namun luka ana itu terlalu pedih untuk ana basuh sekarang. Biarlah luka itu kering dahulu. Kemudian akan ana basuhnya dengan jernihnya air mata ana. Dalam sujud ana padaMu.


 Ya Allah, ana mohon padaMu. Kau kurniakanlah ana segenggam benih tabah.
Untuk ana semai menjadi sepohon kekuatan. Yang berbuahkan semangat.
Ya Allah, sungguh Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ana. Ana hanya mampu melakukan yang terbaik. Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini. Namun yang terbaik itu, hanya dariMu.
Ya Allah, ana mohon kepadaMu. Berikanlah ana secebis ketenangan. Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan. Ya Allah, ana bersyukur kepadaMu. Kerana dalam jutaan manusia, Engkau memilih ana untuk menghadapi dugaanMu. Alhamdulillah. :')

Labels:


MAN ANA ?




Ana in saaltal-qouma 'anni man ana. Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina. Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna. Lan anhani lan antani lan arkana.

[ FaceBook ] [ Twitter ] [ Official Blog ]
bold italic underline strike


Profile

Langkah Kehidupan.

AL-QUR'AN INSPIRASI KU !





BIG THANK YOU!



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nur Raihanah