Photobucket
Rintihan Seorang Hamba
Tinta Merah
Friday, October 11, 2013 • 2:50 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Tinta MERAH atau dakwat MERAH.

Ramai yang tahu kalau jumpa je perkataan ni, mesti ingat ni ayat tengah-tengah kan?
Haaaa. Dulu waktu aku kecik-kecik pun fikir macam tu jugak. Huhuhu. Dan mesti cakap,

"Bilalah nak sampai surah tengah nihh? Lambat lagi lahh." sambil belek-belek muka surat al-Quran yang dipegang.

Waktu aku kecik-kecik dulu, siapa dah lepas tulisan merah tu dia lah yang paling tererrr. Hahaha.
Dan mesti juga ramai yang tak tahu, bahawa perkataan yang berdakwat merah ni ada sejarahnya yang tersendiri. 

Siapa tahu rahsia kenapa satu ayat di dalam Al Quran dimerahkan?

"WALYATALATTAF" Tulisan yang biasanya ditulis dengan dakwat merah dalam Al Quran. Ada yang menyatakan ianya sebagai penanda pertengahan Al Qur'an.

Tahukah kenapa "WALYATALATTAF" dicetak berwarna merah ?

Ketika Uthman Bin Affan r.a terbunuh, terpercik darahnya mengenai mus'ab Al Qur'an tepat pada tulisan "WALYATALATTAF". Maka penulisan "WALYATALATTAF" ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Utsman bin Affan r.a.

"WALYATALATTAF" yang membawa maksud LEMAH LEMBUT. Ayat ke 19 di Surat Al Kahfi. Mungkin ia juga berkait dengan sifat lemah lembut Uthman Bin Affan.
Wallahualam.

Jadi hari ini adalah hari Jumaat. So, bacalah surah ni kerana Rasulullah bersabda,
“Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Selamat Beramal =)

HATI KITA ALLAH YANG PEGANG

Labels:


MAN ANA ?




Ana in saaltal-qouma 'anni man ana. Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina. Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna. Lan anhani lan antani lan arkana.

[ FaceBook ] [ Twitter ] [ Official Blog ]
bold italic underline strike


Profile

Langkah Kehidupan.

AL-QUR'AN INSPIRASI KU !





BIG THANK YOU!



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nur Raihanah